Di mana hala tujuku seterusnya?
Ku kini bagaikan kapal kehilangan nakhodanya.
Hayunan ombak dan tiupan angin membawa ku entah ke mana.
Entah ...
Bilakah pula nakhoda akan bangkit semula?
Entah ...
"Entah ...", satu jawapan yang paling disukai ketika ditanya sesuatu.
Mungkin betul tiada jawapannya.
Mungkin betul tidak tahu jawapannya.
Mungkin dalam hati sudah ada jawapan, tapi enggan nak jawab.
Mungkin ... banyak kemungkinannya.
Usahlah meneka lagi.
Tiada jawapannya walau kau pecah kepala otak kau tu.
Sampai Akhirat pun tetap tiada jawapannya.
Memang beginilah namanya kehidupan.
Penuh dengan ketidakpastian, keraguan dan perubahan.
Dari semasa ke semasa, ia sentiasa berubah.
Insaflah.
Bertaubatlah.
Bangkitlah semula.
Itulah yang seterusnya. Tau tak ?
1 comment:
Brader.... Apasal dengan kamu?
Haha!!!
Why ur blog so many language de?
Now very 'heng' izit?
Multilanguage!!!
Post a Comment