Isabella
Artis: Search
Isabella adalah
Kisah cinta dua dunia
Mengapa kita berjumpa
Namun akhirnya terpisah
Siang jadi hilang
Ditelan kegelapan malam
Alam yang terpisah
Melenyapkan sebuah kisah...
Terbayang lambaianmu
Salju terbakar kehangatan
Dunia di penuhi
Warna berseri bunga cinta
Kita yang terlena
Hingga musim berubah
Mentari menyepi
Bernyalalah api cinta
Dia Isabella
Lambang cinta yang lara
Terpisah kerana
Adat yang berbeza
Cinta gugur bersama
Daun daun kekeringan...
Haluan hidupku
Terpisah dengan Isabella
Tapi aku terpaksa
Demi cintaku
Isabella
Moga dibukakan
Pintu hatimu untukku
Akan terbentang jalan
Andainya kau setia
Oh! Isabella...
http://www.youtube.com/watch?v=8sTYoCBfoMw
http://www.youtube.com/watch?v=xwsCf8RI-c4
Lagi sebuah lagu yang penuh dengan nostalgia.
Masih ingat zaman sekolah menengah dulu.
Aku memang jiwang gila.
Hari-hari jiwang saja.
Pernah juga berlaku perkara seumpama Isabella masa tu.
Tapi dah lama berlalu, usahlah nak ungkitkan lagi.
Jiwang oh jiwang...
Masa korang tonton Youtube tu, jangan pulak korang lawak.
Memang masa tu pakaian dan tampiran penyanyi Melayu pelik-pelik.
(Zaman skarang apa kurangnya? Lagi pelik ada lah)
Cuba nikmati lagu ini ajelah. Lagu yang merdu dan klasik.
No comments:
Post a Comment