Kenangan

Malam yang sunyi.
Aku dok sorang-sorang dengar lagu-lagu Melayu.

Jiwang betul la...
Terkenang zaman muda-muda dulu.
Alahai... macam aku ni skarang dah tua-tua.

Tapi, kan, betul-betul syok bila dengar lagu-lagu favourite aku ni.
Dulu, kini dan selamanya.
Terimbas kembali semua yang pernah ku lalui.
Biar pahit, biar manis.
Biar happy, biar sepi.

Kan aku sudah dewasa ?
Betulkah ni ?
Ragu-ragu pulak.

Aku nak kata, Ajai tetap Ajai.
Sampai bila pun tak banyak ubahnya.

Biarkan aku termenung seketika.
Sama-sama kita merenung.

Sungguh tak ku sangka powernya Youtube.
Akhirnya dapat aku buat collection lagu-lagu favourite aku.
Dulu kan pelajar miskin, tak mampu nak beli kaset, apatah lagi CD ?
Cuma sekadar dengar di radio aje.
Kaset tu bukan tak de, tapi hanya tiga.
Satu dah hancur, dua lagi disimpan baik-baik.
Tapi kan, skarang mane ade orang nak main kaset lagi ?
CD pon orang tak main lagi.
Terasa pulak aku ni dari zaman silam.

No comments: